Sunday 3 April 2016

LEMANG JAGUNG


Lemang Jagung Tanpa Buluh



Bahan bahan:
500 gram beras pulut
450 - 480 ml santan
Sedikit jagung manis - guna jagung dalam tin
1 sk garam halus

Cara cara:
Beras pulut dibasuh dan direndam seketika. Tos air dan masukkan ke dalam loyang. Tuang santan, garam dan jagung serta dikacau rata.

Panaskan pengukus sehingga air mendidih. Masukkan loyang tadi ke dalam periuk pengukus dan kukus selama 30 minit.


Gaul rata dan diletak atas daun pisang yang dilayur di atas api seketika. Bila pulut telah suam, gulung daun pisang dan ditekan sambil membentuk bulatan memanjang seperti lemang. Padatkan supaya kemas. Ikat di kedua dua belah lemang.



Bolehlah dibakar seketika di dalam oven. Potong nipis sebelum dihidangkan.




Nota:
Oleh kerana tak punya daun pisang, boleh hanya membalut dengan aluminium foil.

No comments:

Post a Comment