Bahan-bahan :
- 1 ekor ikan keli sederhana besar
- 4 sudu besar tempoyak - boleh letak lebih lagi ikut citarasa
- Cili padi - ikut tahap kepedasan yang dikehendaki
- 2 biji cili merah - tak letak pun tak apa
- 2 inci kunyit hidup - kalau tak ada, boleh guna serbuk kunyit jer
- 2 batang serai - dititik
- 8 - 10 tangkai daun kesum - dicuci & ambil daunnya saja
- 2 - 3 cawan air
- Garam dan gula secukup rasa
Cara-cara :
- Ikan keli disiang dan dibasuh bersih. Rendam seketika di dalam air asam jawa untuk menghilangkan hanyir. Kemudian toskan dan lalukan air bersih. Kerat kepada 3 atau 4 bahagian setiap ekor.
- Tumbuk cili padi dan cili merah bersama kunyit hidup. Masukkan ke dalam periuk bersama air, dan juga serai. Masukkan juga tempoyak. Biar hingga menggelegak.
- Bila menggelegak, masukkan ikan yang telah dikerat-kerat tadi bersama daun kesum. Masak atas api sederhana hingga ikan masak sepenuhnya. Masukkan garam dan gula mengikut citarasa. Biar lauk mereneh (guna api slow) seketika dalam 15 minit supaya rasa tempoyak tu sebati dengan ikan. Baru lagi best! Tutup api.
SELAMAT MENCUBA!
No comments:
Post a Comment