Sunday, 10 April 2016

KUIH SEMPERIT TRADISIONAL



Bahan –bahan

  • Buttercup – 375g (1 ½ blok )
  • Tepung gandum – 1 ½ cawan
  • Tepung kastard – 1cawan
  • Teung jagung – 2 ½ cawan
  • Kuning telur – 3 biji
  • Esen vanilla – 1 sudu kecil
  • Gula – 1 1/2 cawan

Cara-cara membuat kuih semperit


1. Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah Celsius
2. Ayak tepung jagung, kastard, gandum supaya tepung tidak berbiji.
3. Pukul mentega dan gula (tidak perlu sampai kembang)
4. Masukkan kuning telur dan esen vanilla. Kacau hingga rata menggunakan spatula atau senduk.
5. Masukkan campuran tepung ke dalam campuran di atas dan uli sehingga menjadi doh yang lembut dengan menggunakan tangan.
6. Masukkan ke dalam acuan semperit dan tekan sepanjang 4 cm di atas dulang pembakar ataupun mengikut kreativiti masing-masing.
7. Bakar di dalam ketuhar bersuhu yang diberikan diatas selama 15 hingga 20 minit.
8. Sejukkan dan siap untuk dihidang dan simpan dalam bekas kedap udara.

Enaknya kalau dimakan bersama seisi keluarga!

LIMAU KASTURI ASAM BOI



Bahan-bahan.

a) 20-30 biji limau kasturi
b) 20-30 biji asam boi
c) 1liter air
d) 400-500g gula. Aku guna 400g saja.

Cara-cara:

1. Limau kasturi dipotong dua. Potong jangan sampai putus,
2. Masukkan asam boi dalam limau kasturi yang dipotong tu.
3. Kalau tak muat, korek sikit dalam limau tu.
4. Sementara tu, panaskan seliter air dan gula tadi dalam periuk.
5. Dah mendidih, masukkan limau yang telah disumbat asam boi.
6. Tutup api, bila asam boi dan bertukar warna.
7. Biarkan sejuk, isi dalam bekas dan tutup.
8. Kalau nak lagi sedap, biarkan dalam  2-3 hari dalam bekas baru sediakan untuk minuman.
9. Nak guna terus pun boleh. Takde masalah.
10. Nak hiding, tuang jeruk limau ni dalam gelas, tambah air dan ais. Siap!

Sedap kaw-kaw rasa dia!

TOMYAM POKTEK



BAHAN BAHAN
4 ekor ketam dibelah 
4 100 g lala 
250 g udang besar 
200 g sotong dipotong bulat 
1 bunga kobis dipotong mengikut floretnya 
1 biji lobak merah di potong ikut citarasa masing-masing 
2 biji buah tomato di potong 4 
1-2 2 tangkai daun ketumbar 
10 biji cili padi dititik 
5 biji cendawan butang dihiris 
3 atau empat 1 biji bawang besar dipotong 4

1' halia dititik 
2 batang serai dititik 
1" lengkuas dititik 
3 ulas bawang putih ditik 
5 sdb pes tomyam 
1/4 cawan susu cair atau santan pekat 
1/4 cawan air limau 
3 helai daun limau perut.

Cara Membuatnya 
1. Masukkan lebih kurang 1 1/2 liter air. Rebus bersama semua bahan mentah asas ketam, lala udang dan sotong. 
2. Masukkan halia, serai, lengkuas, bawang putih , cili padi dan daun limau perut 
3. Biarkan seketika sehingga semua bahan berubah warna dan agak masak. 
4. Masukkan pes tom yam, garam secukup rasa dan air asam limau 
5. Masukkan bunga kobis, cendawan, daun ketumbar, dan lobak merah serta bawang besar 
6. Akhir sekali masukkan santan atau susu cair dan tomato buah.

DAGING GORENG HALIA



Bahan-bahan 

300 gm daging (rebus dahulu hingga empuk)
2 sudu besar sos tiram
2-3 titik minyak bijan
1 sudu besar kicap cair masin
sedikit serbuk lada sulah

# perap semua bahan di atas selama 1/2 jam

1 biji bawang besar *
3 ulas bawang putih *
1 1/2 inci halia *
sedikit daun bawang *
cili merah *

* Hiris bahan-bahan di atas

Cara Penyediaan 

Panaskan mnyak di dalam kuali. 
Tumiskan halia, bawang besar, bawang putih sampai naik bau. 
Masukkan daging yang diperap tadi. 
Kemudian masukkan sedikit air. 
Bila daging dah masak, masukkan cili dan daun bawang. 

(Tidak perlu letak garam kerana bahan perapan sudah masin)

Ok, siap untuk dihidangkan. Selamat mencuba!

GULAI TEMPOYAK IKAN KELI


Bahan-bahan :
  • 1 ekor ikan keli sederhana besar 
  • 4 sudu besar tempoyak - boleh letak lebih lagi ikut citarasa
  • Cili padi - ikut tahap kepedasan yang dikehendaki
  • 2 biji cili merah - tak letak pun tak apa
  • 2 inci kunyit hidup - kalau tak ada, boleh guna serbuk kunyit jer
  • 2 batang serai - dititik
  • 8 - 10 tangkai daun kesum - dicuci & ambil daunnya saja
  • 2 - 3 cawan air
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara :
  1. Ikan keli disiang dan dibasuh bersih. Rendam seketika di dalam air asam jawa untuk menghilangkan hanyir. Kemudian toskan dan lalukan air bersih. Kerat kepada 3  atau 4 bahagian setiap ekor.
  2. Tumbuk cili padi dan cili merah bersama kunyit hidup. Masukkan ke dalam periuk bersama air, dan juga serai. Masukkan juga tempoyak. Biar hingga menggelegak.
  3. Bila menggelegak, masukkan ikan yang telah dikerat-kerat tadi bersama daun kesum. Masak atas api sederhana hingga ikan masak sepenuhnya. Masukkan garam dan gula mengikut citarasa. Biar lauk mereneh (guna api slow) seketika dalam 15 minit supaya rasa tempoyak tu sebati dengan ikan. Baru lagi best! Tutup api.
SELAMAT MENCUBA!

PERUT LEMBU MASAK ASAM




Bahan bahan:
Perut muda - rebus dan potong
8 biji cili padi kampung
Sebesar ibu jari belacan
Garam secukup rasa
Limau nipis - perah air
Air rebusan perut

Cara cara:
Tumbukkan semua bahan kecuali air limau nipis sehingga hancur. Jangan terlalu hancur. Masukkan air rebusan secukupnya. Setelah itu, baru diperahkan air limau secukup rasa.

Akhir sekali, masukkan perut muda yang telah dipotong kecil ke dalam air asam. Kacau rata dan sedia untuk dihidangkan.

KUEH TIAO LADNA



Bahan-bahan
  •           sebungkus kuey teow dibasuh, toskan kemudian perap dengan kicap manis, digoreng tanpa minyak
  • 15 ekor udang 
  • Isi ayam dan daging
  • 2@ 3 sudu sos tiram
  • 2 sudu sos ikan
  • 1 kiub ayam
  • 5 biji cili api
  • 1 kiub ayam
  • sedikit lada hitam / putih - di tumbuk
  • 1 biji karot
  • seikat sawi
  • sedikit tepung jagung yang dibancuh dgn sedikit air untuk memekatkn kuah
  •            bawang goreng dan daun sup untuk hiasan.

Cara-cara
  1. panaskan minyak. masukkan bawang putih dan goreng sehingga kuning dan naik bau, Lepastu masukkan ayam dan daging yg dipotong kecil.
  2. Bila ayam & daging dah masak, Masukkan sos tiram n sos ikan. Goreng seketika. Masukkan air rebusan ayam atau daging mengikut keperluan.
  3. Masukkan kiub ayam dan biarkan mendidih seketika. Kemudian masukan lobak merah terlebih dahulu.
  4. Masukkan udang, cili padi, sawi, lada hitam atau putih tumbuk, garam dan ajinomoto.
  5. Masukkan tepung jagung yang dibancuh dengan air untuk memekatkan kuah.
  6. Kacau dan setelah kuah masak bolehlah dihidang bersama kueh teow panas-panas
  7. Taburkan bawang goreng, daun sup dan limau nipis.
Nikmatnya tak terkata :)